Egypt

"Barangsiapa yang pernah minum air dari sg. Nil,nescaya dia pasti akan kembali ke tanah Mesir "

so true .that moment when one of Mara officer announced ,"after this ,there will be no sending of new students to Egypt "

Airmata laju menuruni pipi .Allah sahajalah yang tahu betapa luluhnya hati ini apabila mendengar kenyataan tersebut .Telinga ini tidak lagi mampu mendengar segala hujan hujah y diberi lantaran seluruh tubuh ini bertumpu pada hati y terhiris luka .Akal y merupakan ciptaan Allah y paling hebat untuk manusia ,tewas jua

Kesugulan y dirasai menepis semua kerasionalan .Air mata terus mengalir bagaikan tiada lagi hari esok .Pujukan dari rakan tiada y berjaya ,hingga akhirnya mereka tidak lagi dapat menahan keegoan lalu tertitis lah airmata mereka .Suasana y pada mulanya tenang ,tiba tiba berubah .Batin yang menjerit tidak mampu bertahan lalu dizahirkan melalui suara .Maka bergemalah tempat itu dengan suara tangisan y sangat mendayu .

Tiga bulan kami menghabiskan masa mengenali budaya Mesir,y dikenali sebagai Anugerah dari sg. Nil .Kami mempelajari lahjah mesir ,sehingga fasih .Kami telah menyimpan pelbagai angan angan pabila sampai disana .Kami diajar untuk sentiasa bersedia dengan "whats next? " Keterujaan kami bertambah pabila kami ditayangkan dengan filem berkisar kehidupan di Mesir y cukup unik dan penuh rahsia.

Apabila kami menonton filem ayat ayat cinta ,semua bahasa arab y dituturkan ,kami dapat memahami dengan baik .Sebahagian bahasa Arabnya ,ada di dalam quran .Lalu menjadikan pemangkin untuk kami membaca Alquran secara kerap .Perasaannya indah sekali apabila dapat memahami isi Alquran .Allahu rabbi .

Mesir ,kami pasti akan menjengukmu .Doa kami untukmu tidak pernah padam. Yakinlah akan kedatangan kami ,tunggu lah kami .

Mesir ,daiman ala bali (always in my heart )

No comments:

Post a Comment

such a big honour to know theres someone read my entry .
tqvm :D