cerpen .

cerpen ni aku buat untuk homework bm.tapi sangat bermakna sebab cerita sebenar.cerita aku di samura .mungkin ayat tak sepower novelis ,tapi tu laah.ikhlas :DD .cerpen nie tade tajuk ,tatau na bagi apa . grr
p/s  :aku tak suka baca novel,aku layan manga je,so  maybe ayat agak tak munasabah .maaf --' then bila aku baca balik ,aku tergelak .haha.bidang penulisan memang bukan untuk aku .jalan cerita pon.haihhh :DDD


‘Bintang ,janji boleh ?’

Tanya Stello kepada aku dengan anak mata hitamnya memandang tepat kearah aku dan penuh harapan untuk menanti jawapan dariku .

‘Boleh Stello .Dewan besar dan burung merpati yang ada kat atas bumbung ,jadi saksi .Tapi,janji apa?’

‘Janji yang kita akan tinggal kat sini sama-sama ,susah payah kita ,suka duka kita,tingkat tiga ni lah tempat kita mencurahkan perasaan .Kita tak boleh tinggalkan satu sama lain .Boleh Bintang ?’

Itu kata-kata yang diungkapkan oleh Stello selepas dia mengadukan kesedihannya tentang kehidupan berasrama kepadaku juga sebelum air masin dari matanya mengalir ke pipi dan membasahi bahuku. Aku terdiam dan terkaku seketika tanda terkejut dengan persoalan itu dan sekadar senyum bagi menyenangkan hatinya.

Kami berpeluk erat sambil aku memejamkan mataku dek tidak sanggup melihat air matanya ibarat embun yang suci terus mengalir .Aku cuba menahan diriku untuk tidak menangis .Namun ,semakin erat dia memelukku ,air mataku sudah tidak tertahan dan akhirnya aku akur dan membiarkan ia jatuh .Keadaan tersebut berterusan sehingga kami mulai perasan bahawa ada orang sedang memerhati .

Pada asalnya kehadiranku ke kelasnya untuk membantu dia menyiapkan topi boria,tapi bertukar menjadi sesi muncurahkan perasaan.

Dia sempat melafazkan kepadaku bahawa aku merupakan kawan yang dia paling senangi di sini sebelum membenarkan aku melangkah pulang ke kelas .

Berbekalkan kata-kata itu , aku lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan di asrama.
Hati ku bagaikan warna warna pelangi yang tumbuh selepas hujan dan mewarnai langit biru selepas mendung ditutupi awan yang kandungkan hujan. 

Sejak kejadian itu ,hubungan kami bagaikan adik beradik yang jarang berenggang.
Disebabkan kami bersebelahan dorm,kami sering berjumpa .

Stello merupakan gadis yang bertubuh sederhana,oleh hal yang demikian ,aku suka mengusik dia .Dia penyabar ,dia tidak akan membalas usikan ku ,malah dia akan melemparkan flying kiss nya dengan senyuman yang ikhlas .

Hari-hari kami berdua bersama berlalu pergi .Kini ,dia tidak lagi menemaniku mengharungi baki-baki perjuangan untuk masa depan ku .Dia kini telah membawa diri ke sekolah asalnya.Paling membuat aku terkilan,dia pergi tanpa sebarang kata-kata terakhir ,tanpa memberitahuku dan tanpa menemuiku.


Saat Saffy bertanya,
‘Yaya !betul ke loker Stello dah kosong?’
aku terdiam.saat itu perasaan aku sangat berkecamuk.aku terus keluar dari kelas untuk mencari dormmate dia,Fathia,saat Fathia mengesahkan perkara itu , air masin dari mata ku jatuh bercucuran ke pipiku.

Aku tidak berdaya untuk berjalan dan pulang ke asrama.Sudah pasti ramai menegurku tentang keadaan mataku yang sembab dan merah akibat terlalu lama menangis,namun aku tidak menghiraukan mereka walaupun terdetik perasaan bersalah dalam diriku atas tindakan tersebut.Semasa mengerjakan solat asar,sekali lagi aku menangis.Aku mencuba untuk khusyuk tetapi tidak berhasil .Aku meragui diriku sama ada mampu meneruskan kehidupan di sini tanpa dia.Di akhir solat ,aku hanya berdoa agar diberi kekuatan oleh Allah .

Pada waktu riadah juga,aku masih menitiskan air mata.Aku seakan tidak mahu menerima ketentuan ilahi.Air masin ini mula mengalir sebaik sahaja aku mendengar lagu ‘Sahabat’ dendangan Aizat begitu juga lagu 7 Pelangi-ku Ukir Indah Namamu’ .

******************************************************************************

Keesokan harinya,sewaktu aku bangkit daripada tidur,aku sangat berharap agar kejadian semalam sekadar mimpi ngeri untuk menduga kesabaran aku.Aku lebih bersemangat untuk ke sekolah.Aku segerakan mandi dan menyiapkan duty dorm sebaik mungkin.Aku tidak sabar ke sekolah dan menemuinya lalu menceritakan mengenai mimpiku.

Tanpa aku sedari aku telah mencipta harapan dongeng yang mungkin sekali mengecewakan diriku.Dan perkara itu berlaku apabila aku ke sekolah.Aku sangat berdukacita apabila kawan-kawan masih lagi bercerita mengenai pemergian dia. Terbukti itu bukannay mimpi tetapi reality yang harus di telan walaupun pahit seperti hempedu.

Aku berasa sangat marah pada diaIngin sahaja aku mengungkit janji yang di ukir suatu ketika dahulu,namun aku tahu itu semua tidak berguna.Dia telah pun pergi dan sangat mustahil untuk kembali .Pasti ibu bapanya tidak akan bersetuju.

Sayu hatiku apabila melalui tempat kami memeterai janji dan ketika aku memikirkan semua kenangan yang dicipta berdua.Mengingati malam yang mana kami berbual-bual di sudut koridor ,ditemani bintang-bintang yang membentuk pelbagai buruj .Serta sinaran cahaya dari bulan yang cantik tergantung Iangit membicarakan tentang diri masing-masing.

Kami sering sahaja bertembung tatkala ingin pergi ke kelas ,riadah juga sewaktu ingin mandi .Tidak pernah pula aku berasa bosan melihat wajahnya yang ceria.Kami sama-sama terlibat dalam teater muzikal untuk SEWA,oleh itu ,kami kerap menghabiskan waktu bersama.Tidak sah satu hari bagiku jika tidak dicorakkan dengan tawa dan senyumnya .

Syukurlah Allah mendengar doaku.Aku lebih kuat sekarang.Perlahan-lahan aku menerima pemergian dia.Dan tiada perkara yang lebih hebat selain dapat slowtalk dengan dia.Aku bersyukur dia memberi berita gembira padaku,dan mengatakan dia akan melawat kami semua disini untuk pengakhiran yang lebih baik.

Kejadian ini membuat aku sedar untuk menghargai setiap saat yang diberikan tanpa sebarang sungutan sia-sia.Siapa sangka seorang kawan boleh membuat aku begini sedih?begitu kuat kuasa dan kasih sayangnya sehingga aku telah mengurangkan air di dalam badanku dengan menangis.Mungkin dia bukan kawan,tetapi dia sahabat dan mungkin sekali dia telah dianggap olehku sebagai kakak.Sudah tentu setiap detik bersamanya akan kekal terpahat di hatiku dan disimpan di bahagian kecil otakku.

Aku tahu kau di sana untuk membina masa depan yang lebih cerah,namun hendak ku beritahu bahawa kau jauh dimataku namun sangat dekat di hati dan aku tidak akan pernah lupakan engkau ,wahai Stello yang bergelar sahabat .

No comments:

Post a Comment

such a big honour to know theres someone read my entry .
tqvm :D